Today's Quote

"Whatever the mind of man can conceive, it can achieve"
- W. Clement Stone (1902-2002)

Thursday, July 22, 2010

Motivasi Diri : Membantu Orang Lain Boleh Membuat Anda Lebih Sihat


Membantu orang lain boleh membuat anda rasa gembira, tetapi adakah anda tahu ia juga sebenarnya baik untuk kesihatan anda?


Suatu perasaan yang disebabkan oleh pujian-pujian dan penghargaan, sangat baik untuk kesihatan fizikal anda serta kesihatan mental anda. Oleh sebab itu kebanyakan kursus-kursus motivasi diri dan perkembangan peribadi sentiasa menekankan kepentingan dalam berbuat baik kepada orang lain dalam erti kata lain bantu-membantu.

Berbalas penghargaan dan pujian sebenarnya membuatkan anda akan menjadi seorang yang lebih sihat.
Sama ada anda pemberi atau penerima, ia baik untuk kedua-dua anda. Terdapat penemuan perubatan yang mengesahkan kesan-kesan kesihatan yang disebabkan oleh emosi positif seperti pujian-pujian dan penghargaan, yang boleh dikatakan juga sebagai satu alat yang sangat berkuasa untuk motivasi diri anda.

Dos (Doses) yang kerap diberikan ke dalam perasaan anda dapat mengaktifkan sel-sel otak dan pelbagai hormon dalam badan. Ini akan menyebabkan kesihatan yang semakin baik, bukan? Tidak susah untuk melemparkan pujian terhadap orang lain. Sebagai contoh, anda mungkin boleh tegur jiran anda dengan hanya memberi salam dan bertanya 'Apa Khabar?' dan seterusnya memuji 'cantik baju awak hari ni'. Itu sudah memadai untuk mendapat satu perasaan yang sangat ceria. Apakah pujian ini tidak membantu jiran anda tadi? Ya, sebenarnya ia membantu jiran anda berasa lebih yakin selepas beliau dipuji.

Dengan hanya kata-kata sedikit tapi mempunyai kesan dan penghargaan yang sangat besar. Bayangkan jika anda dapat membantu orang lain dengan menggunakan tenaga anda pula. Sebesar mana pula penghargaan itu?


Jadi mulakan usaha yang menyebabkan orang lain akan rasa gembira mulai hari ini. Ingat, kesihatan anda bergantung kepada aspek ini.


Jalinkan hubungan sesama orang lain dalam mencari keceriaan hidup anda.


Salam Gempur Untuk Gempak,

murs

No comments:

Post a Comment