Today's Quote

"Whatever the mind of man can conceive, it can achieve"
- W. Clement Stone (1902-2002)

Wednesday, July 21, 2010

Mulakan Dengan Secawan Kopi :)

.:: GLOBAL PARTNERSHIP GROUP ::.

Motto
Healthy, Wealthy and Relationship

Slogan
Thoughts Become Things

Global Partnership Group adalah satu group yang diasaskan pada Julai 2010 atas dasar mencari seberapa banyak sumber dan rahsia dalam mencari kejayaan. Sumber-sumber ini boleh dikongsi dalam bentuk info-info dan dibincangkan samaada di blog ataupun facebook. Group ini ditubuhkan dengan harapan yang amat besar, contohnya:

1. Seseorang yang telah Berjaya dapat membantu mereka yang masih belum Berjaya. Perkongsian ini adalah dari segi idea, pengalaman, langkah dan matlamat dari mereka yang Berjaya.
2. Yang kurang yakin atau tidak pernah yakin tentang diri sendiri. Mereka boleh mendapatkan info-info tentang bagaimana untuk menambah keyakinan tersebut dalam mengubah diri mereka sehingga berjaya.
3. Mengeratkan silaturrahim antara semua rakyat Malaysia samaada lelaki atau perempuan, tidak kira Melayu, Cina mahupun India dalam berkongsi idea-idea untuk terus Berjaya.
4. Mengumpulkan seberapa ramai rakyat Malaysia yang ingin Berjaya di dalam aktiviti-aktiviti samaada Riadah, Perbincangan Berkumpulan mahupun Team Building yang bakal diadakan kelak.
5. Membincangkan peluang-peluang yang ada di sekeliling anda dalam membenarkan anda untuk Berjaya.
6. Menjadikan satu Group yang mempunyai ahli yang berjumlah infiniti.

3 Aspek : Healthy, Wealthy and Relationship yang bermaksud Kesihatan, Kekayaan dan Hubungan sesama insan adalah aspek yang sangat kita kejar di dalam dunia yang serba moden ini. Semua manusia sangat memerlukan aspek-aspek ini untuk hidup. Ketiga-tiga aspek ini juga saling berkaitan antara 1 sama lain. Tetapi, sebesar mana aspek-aspek ini diperlukan di dalam hidup anda? Anda tentukan sendiri. Global Partnership Group akan cuba membantu anda sekiranya anda mahu mengubahnya ke arah lebih cerah.

Thoughts Become Things adalah satu petikan atau slogan yang agak mudah difahami tetapi agak sukar untuk dihuraikan dan didalami. Secara mudahnya, anda boleh membayangkan yang petikan ini bermaksud, Apa saja yang anda fikir ia akan jadi kenyataan. Sekiranya anda membayangkan sesuatu yang buruk, anda akan dapat yang buruk juga. Sekiranya anda membayangkan sesuatu yang indah, anda akan dapat yang indah juga. Sekiranya anda membayangkan anda Berjaya. Anda akan Berjaya. Dan Samaada anda percaya atau tidak. Ia tetap akan berlaku.

Sama-sama kita terus berusaha dalam mencapai cita-cita yang lebih tinggi. Kita mampu mengubahnya. dan kita mampu Berjaya. Anda tentukan samaada anda ingin Berjaya bersama-sama ataupun tidak. Sokonglah Global Partnership Group. Kongsikan kejayaan anda sekarang mahupun akan datang bersama rakan-rakan anda yang lain.

Salam Gempur Sampai Gempak,
Murs

No comments:

Post a Comment